Monday, 30 July 2012

Pemerintahan dan Pentadbiran


Proses perkembangan tamadun Yunani
 Bentuk pemerintahan dalam tamadun Yunani telah mengalami pelbagai  perubahan daripada:
 Monarki -→ Oligarki → Aristokrasi → Diktator(tirani) → Demokrasi
1. Di Athens – mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama. Beliau dibantu oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.
2. Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot –lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya terhad. Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh konsul dinamakan oligarki.
3. Daripada kalangan konsul lahir golongan aristokrat yang memiliki kuasa besar, sistem ini dinamakan aristokrasi.
4. Berlakunya rampasan kuasa kerana rakyat tidak puas hati terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi – maka muncul sistem ditaktor di kalangan golongan kaya atau tentera.
5. Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa ini tetapi tindakan ini telah ditentang oleh golongan aristokrat -maka muncullah demokrasi.
6. Sistem demokrasi di Athens – terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara lelaki dewasa Athens berpeluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan selama 6 bulan hingga 1 tahun. Dewan ini berhimpun 3 kali sebulan, ahli boleh mencadangkan dasar kerajaan, tetapi keputusan dikendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh dewan, maka dewan berkuasa penuh terhadap ketiga- tiganya.
7. Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak mengamalkan sistem demokrasi.
8. Di Sparta-sistem pemerintahan tentera diamalkan.Sistem pertahanan diberikan perhatian penting. Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik .Oleh itu, Sparta melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal.


No comments:

Post a Comment