Saturday, 28 July 2012

Sumbangan Tamadun Yunani


 Tamadun Yunani banyak menyumbang kepada tamadun hari in. Sunbangan itu adalah dari segi politik, ekonomi, dan sosial.

Politik
   Tamadun Yunani telah mewariskan sistem pemerintahan berbentuk demokrasi. Rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik dan terlibat secara langsung dalam pembentukan kerajaan.
Oleh sebab itu, kerajaan berbentuk demokrasi disifatkan sebagai kerajaan rakyat.
Sistem pemerintahan demokrasi telah diamalkan di kebanyakan negara di dunia, namun berbeza bagi segi amalannya. Contohnya, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

Sains dan Teknologi
   Falsafah yang muncul dalam tamadun awal telah dijadikan asas kepada teknologi yang berkaitan dengan matematik, astronomi, fizik, perubatan dan seni bina khususnya, beberapa teori matematik seperti Teorem Phythagoras, dan Teori Archimedes masih diguna pakai.

Aspek Sosial
   Ilmu falsafah seperti legalisme, stoisisme, serta ahli falsafah seperti Aristotle, Socrates, dan Plato masih dijadikan rujukan oleh ahli falsafah moden. Selain itu, Hasil sastera seperti Iliad, Odyssey, Mahabharata, dan Ramayana dijadikan rujukan.

Kelahiran Sukan Olimpik
  1. Sukan Olimpik telah diperkenalkan pada zaman Yunani, iaitu pada tahun 776 S.M.  
  2. Pertandingan diadakan di Olympia.
  3. Dibuat empat tahun sekali.
  4. Bertujuan menghormati Tuhan Zeus.
  5. Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia dan Argos ialah negara kota yang bersaing.
Perbezaan antara Sukan Olimpik asal dengan Sukan Olimpik moden adalah dari segi tujuan organisasi dan bilangan peserta sementara bilangan acara yang dipertandingkan pula bertambah berlipat ganda. 





Sukan Olimpik di Athens pada tahun 1896.






14 comments:

  1. Simple dan baik untuk rujukan ringkas πŸ™‚πŸ™‚πŸ–’πŸ–’

    ReplyDelete
  2. Simple dan baik untuk rujukan ringkas πŸ™‚πŸ™‚πŸ–’πŸ–’

    ReplyDelete
  3. Sangat membantu, terima kasih

    ReplyDelete
  4. SimpleπŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

    ReplyDelete
  5. BoikπŸ˜‡πŸ˜‡
    😁😁

    ReplyDelete
  6. tak ade dari segi ekonomi ke?

    ReplyDelete
  7. ada tak keagamaan?
    macam tamadun islam ada agama WATHANI, MAJUSI, NASRANI, YAHUDI...

    ReplyDelete
  8. ada tak aspek seni bina?
    ada tak sapa sapa tahu dekat mana nak cari sumbangan tamadun yunani dari aspek seni bina,first time kena buat kerja khusus

    pertolongan anda amat di hargai

    ReplyDelete