Monday, 30 July 2012

Tamadun Yunani


Pengenalan

Tamadun Yunani yang menjadi asas tamadun barat masa kini.
  Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitamya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean. Yunani, nama rasminya Republik Hellenik dalam Bahasa Yunani (Ελληνική Δημοκρατία, Ellīnikī́ Dīmokratía; dahulu dan kini dikenali dengan nama Yunani). Negara ini dikenali sebagai asal usul ketamadunan Barat. Yunani juga mempunyai sejarah yang kaya dan tersebar di tiga benua.

   Orang Greek, atau Orang Yunani memanggil negara mereka sebagai Hellas, atau Ellas dalam bahasa Greek Moden. Nama "Greek" berasal daripada bahasa Latin, Graecia yang sebelum ini digunakan untuk selatan Italy.

   Pesisir pantai Yunani adalah ke-12 terpanjang di dunia iaitu 13,676 kilometer. Gunung Olympus ialah gunung tertinggi di Yunani dengan ketinggian 2,917 meter. Kira-kira 80% daripada permukaan tanah Yunani adalah terdiri dari gunung-ganang. Muka bumi Yunani bergunung-ganang dengan persisiran pantainya yang berteluk-teluk, jadi kegiatan utama penduduknya adalah perikanan dan perdagangan.



   Tamadun Yunani bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai negara kota atau polis. Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar pada sekitar tahun 1000 - 800 S.M. Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani dan setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil. dan istana.Walaupun terdapat banyak negara kota di Yunani tetapi yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth. Ketiga-tiga negara kota tersebut terletak berhampiran dengan Laut Mediterranean. Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri selain turut memiliki beberapa tuhan. Masyarakat dalam setiap negara kota itu sentiasa bersatu padu, walaupun begitu, peperangan sering berlaku antara negara kota tersebut.

   Negara Yunani moden mula ditubuhkan pada tahun 1830, yakni pasca Perang Kemerdekaan Yunani. Greece merupakan ahli Kesatuan Eropah (EU) sejak 1981. Sebelumnya telah menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada tahun 1952. Terbaru, Yunani merupakan ahli dalam Agensi Angkasa Eropah (ESA) sejak tahun 2005.

Bendera Negara Yunani.




Pemerintahan dan Pentadbiran


Proses perkembangan tamadun Yunani
 Bentuk pemerintahan dalam tamadun Yunani telah mengalami pelbagai  perubahan daripada:
 Monarki -→ Oligarki → Aristokrasi → Diktator(tirani) → Demokrasi
1. Di Athens – mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama. Beliau dibantu oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.
2. Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot –lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya terhad. Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh konsul dinamakan oligarki.
3. Daripada kalangan konsul lahir golongan aristokrat yang memiliki kuasa besar, sistem ini dinamakan aristokrasi.
4. Berlakunya rampasan kuasa kerana rakyat tidak puas hati terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi – maka muncul sistem ditaktor di kalangan golongan kaya atau tentera.
5. Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa ini tetapi tindakan ini telah ditentang oleh golongan aristokrat -maka muncullah demokrasi.
6. Sistem demokrasi di Athens – terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara lelaki dewasa Athens berpeluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan selama 6 bulan hingga 1 tahun. Dewan ini berhimpun 3 kali sebulan, ahli boleh mencadangkan dasar kerajaan, tetapi keputusan dikendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh dewan, maka dewan berkuasa penuh terhadap ketiga- tiganya.
7. Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak mengamalkan sistem demokrasi.
8. Di Sparta-sistem pemerintahan tentera diamalkan.Sistem pertahanan diberikan perhatian penting. Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik .Oleh itu, Sparta melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal.